Sunday, March 18, 2012

PERMATA KECIL HATIKU

eee,, rindu nye kat adik honey!!
rindunye kat kembar mok cah tu!!
rindu sgt2!!
tunggu yeerr.. nnti kak long balik ,, peluk2 sayang korang semua!!!
tahu tahu,, korang rindukan ngn k.long nih..
eheks3... na coklat x?? baek angguk.. hahaha...


mata korang x same!! hahaha.. dagu korang pon x same..
yeeyy yeyy.. dahi korang pon x same..
tu pasal k.long bole tahu mane 1 abg n mane 1 adik.. hahaha
abg kiri,,adik kanan..


hahaahahaha ... kelakar!!!  
kiri abg kan ,, kanan adik!! senyum nmpk gigi!!! suke taw!!

ala... korang pakai spek pon kak long tahu mane abg mane adik..
kiri abg sebab bentuk muke u oll k.long da kenal.. haha..
bbir adik n abg pon laen....nnti k.long pi rumah korang lagi yerr. sabo2..



adik honey!!! rindu jgk nak jumpe ngn si uncit+debob+montel!!
hahaha.. sombong errh,, ckap kt fon hang sombong errhh..
sabo sabo.. balik nnti peluk honey erat2!!!



along rindu jgk kat tok wan n toki! muuaacchh!!
x lupe jgk nenek kt joho!!
termasuk permata kecik sebab cute mute cam baby tok wan n toki.. haha

dekat tok long ber2 pon rindu jgk.. 
tok long puan n tok long laki pon comey cam baby2..hihihi..

dan x lupe jgk kat korang budak2 lonjong!! 
korang mai palam nnti kan!!
jumpe nnti...


saje letak korang bawah2 sekali.. korang kan 'baby besar k.long' .. ngee.. hahaha
tngu along balik umah.. dengar sore k.long bebel korang yer!! haha


yeerrr.. tahu.. kak long "tinggi" di situ...



YERPP!! LUV U OLL KETAT KETAT!!!
X SABA NA JUMPE KALIAN SEMUA!!
SEE U OLL NNTI YEERR!!!



SALAM...



















Saturday, March 17, 2012

ADAB RESAM PERKAHWINAN MELAYU

Assalamualaikum...
ehekz ehekz...
haa,, disebabkan nengok rmai sgt org kt FB post pasal kawin ,tunang , terlintas la pulak
na post pasal perkahwinan nih..
Bagus laa.. benda yg elok tu dicepatkan cepatkn . alhamdulilah n thniah  ler!!
kriiikk kriikk krikkk (nisa suke tengok pasangan ALLY ISKANDAR n FARAH LEE) ...

masyarakat MELAYU sgt berpegang teguh n menjaga adab resam lam segala aspek kan , termasuk la lam bab perkahwinan ni . Jom kenal2 adab2 resam masyarakat melayu khususnya lam perkahwinan ni..
( 5 6 tahun lagi , lambatnye na kawen !! awww awww ,, GEDIK!! ) hahaha..
kawen ikut islam mudah . Apa yg penting majlis akad nikah tu . Yang tu la yg penting nye kan,..
Yang laen2 tu sampingan jerr,, yer laa,, kata org adab melayu .
(terima kasih google membantu saya) hahaha.. keje gua C/P!!  hihihihi .. da da ,, jom kite usha2...

Ada beberapa peringkat  adab perkahwinan :

1)     Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

2)    Meminang
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.


3)    Bertunang

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.









HANTARAN YANG DIGUBAH INDAH

SIRIH JUNJUNG

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.






Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincinpertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.






4)     Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Akad nikah sedang dijalankan
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan airsembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.


5)   Adat Berinai
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi  diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuksaudara mara terdekat sahaja.
Berinai kecil  diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.


6)   Majlis Perkahwinan
Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur.
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.

Pengantin Diarak Dengan
Bunga Manggar
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.
Pelamin yang telah siap dihias
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Bunga telur yang telah siap digubah

Pengantin Duduk Bersama Sebelum Makan
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.












Saturday, March 10, 2012

AYAM ABANG BOB PUNYER PASAL!!

assalamualaikum semua!!

oyrte u oll... ary ni , nisa na share n na promote sal makanan nih!!!
sedap giler!! mudah jer na dapati bende yg marvelousssssssss ni..
serius!! korang kena rasa AYAM GORENG UNCLE BOB  ~~~
perrrggghhh... SODAP!! sodap dari aym kfc cap pasar lagi!!


TANPA LEMAK!!!  penting penting!! hahaahha

di sebalik kisah ayam goreng uncle bob ni,,
ary ni sebagai mane budak PUNCAK ALAM ketahui, ary sabtu, mesti rmai yg na pegi pasar malam puncak alam ...
yer la,, na cari mkanan2 kat sne.. kan kan??
bnyk jgk la plihan mkanan kat sane..
n ary ni,, ntah kenape, nisa kempunan na makan aym goreng uncle bob nih!!
yer la,, nnti x bole rase daa..
kt terengganu x de kot!!
ajk la AKMAR pegi... 

kul 5 ni da semngt giler tunggu bus .. kami antra yg terawal yg ada kt bus stop tuh..
tunggu punyer tunggu,, org pon makin ramai. kompem!! 80% na pegi pasar!!
eeee,,, sabo jer la!! saya taw la saya ni x pndai na rebut2 na naek bus tuh... 
pape pown,, time kasih bnyk2 la pak cik bus!!!
sampai aty pak cik errhh,,, baru jer kaki saya na melangkah dalam bus tu,,pak cik pi tutup pintu tu!! then blahhh gitu jer kan,,.. x pe x pe... x de rzeki saya la tuhh...rmai giler kot org lam bus tuh...
eee,,,,, mjur saya x pecah2 kan pintu bus pak cik tuh.. 

yaarrkk!!! MALU GILERRR!!!
x pe la..
pegi la pak cik... saya da merajuk nan pak cik bus~~
ary ni dgn muke x mlu nye ,, aku n kema amek keputusan tuk pinjam moto... 
first aku call NAZIM!! dak kelas aku...
yaarrkk!! *mu suko ke aku yeerr nazim.. sabo2...
MALANG nye awang klate ni x de moto...
x putus ase ,, nisa call plak AMIR !!  dak skolah SESTER dlu.. MALANG jgk dia x dpt cari moto...
kawan2 dia guna...  call lak LEBONG a.k.a LIYA a.k.a NURLIYA AYEEN (name FB) .. MALANG sekali lagi... x de jgk moto...

nisa da fedup gilerr daa...
AKMAR pon gtaw,,senang2 kita makan nasi lemak kt cafe suda...
serius!! hancur aty ku!! ouuhh ,, tidak!! AYAM GORENG UNCLE BOB!!!
dalam kepale asyik terbayang bende nih jerr.. berjalan ngn longlai nye ke CAFE!!



ALLAH MAHA BESAR!!! 10z GOD!!
mase berjalan na menuju ke CAFE..
tibe2 nisa ternampk WAN MUHAMMAD HANIF a.k.a WAN!! hahaha,,tgh joging ngn IRFAN..
yaarrkk!!! dalam aty " setahu aku ,dia ada moto " ouuhh,, tidak!! 
jom cube tanya...x cube belom tahu!! dgn cepat nye nisa pi ke arah mereka ngn AKMAR...
hahaha,, muke tbal 8 inci tanya,, ada moto ,, na pinjam,, pi pasar... tu ayt yg kuar.. tergelak budak2 nih..
huh..
x kira daa aku.. lantak leerr... hahaha...
hahaha,, bile dgr nisa sebut na kasi ayam,,kome sanggup joging ke bilik na amek moto errhh.. haha
YEESSS!!! ALHAMDULILAH!!!! bole pnjam moto ngn wan!!
baek giler wan.. mekasih bnyk2!!!

AKMAR!!! peerrggg... hebad giler bwak moto!!!
rase cam terbang jerr nisa kt blkg!! da la ngn helmet yg besar..ahahaha.. tiap kali kema langgar bonggok kt dpan,,melompat nisa!! hahaha.. sabo jer laa...
klaka giler !! tpi mmg bez!! 

nisa ucapkan berbnyk2 time kasih kat sape2 yg nisa mention name kt atas tadi..
tnpa korang sume,, x mungkin kot ary ni nisa dpt mkan ayam ni.. mekasih sekali lagi nehh...




MURAH JER..... RM 5.50.... BERBALOI KOT...


SERIUS!!! SEDAP!! NA YG BIASA ADA,,NA YG SPICY PON ADA!!



YUMMY!!! SILA MELELEHKAN AIR LIUR ANDA!! HHAHAAHAH




k,sampai sini aja~~
SALAM....