Saturday, January 7, 2012

RiNdu ANak AKan AyaHnYA!!

Abah....
Aku merindukan dirimu
Teringat segala penat lelah mu pulang dari kerja
Teringat lagi ketika dirimu berjuang dengan penyakitmu
Teringat lagi aku akan perbedaan wajah mu ketika sakit dan sihat
Masih teringat abah akan senyuman mu yang menyejukkan hatiku.......

Abah.....
Sehingga sekarang aku tidak melupakan semua memori kita
Walaupun hanya untuk seketika waktu kita bersama
Masih terngiang ngiang di telinga ku akan suara mu
Masih merasakan belaian kasih sayang darimu
Masih teringat akan ketegasanmu dalam mendidik anak anak mu........

Abah....
Aku masih ingat akan waktu dulu
Teringat akan rotan mu yang pernah singgah ke kaki ku
Terima kasih ibu kerana memberitahu ku..
Ketika ku lena memejamkan mataku
Kau datang tuk melihat anak mu ini abah
Kau meniup,mengusap dan ubati kaki ku tanpa aku sedari 
Aku tahu bukan kerana amarah mu yang tidak terkawal kau sanggup merotan diriku
Namun bagi mendidik anak anak menjadi insan yang hormati orang tua nya..

Abah....
Aku masih ingat akan waktu dulu
Ketika kau pulang dari kerja 
kau menutup segala kepenatanmu dengan senyuman
Masih teringat akan mainan yang kau akan bawa pulang
Masih teringat akan nasihatmu terhadap pelajaran
Masih teringat segala suka duka kita bersama

Abah...
Aku seperti mahu menjerit 
Dengan harapan kau boleh mendengar dari alam sana
Aku mahu menceritakan semua kejayAan aku yang tak sempat kau lihat
Aku mahu merasakan pelukan mu dengan setiap kejayaan ku
Aku mahu khabarkan seluruh pelusuk dunia aku bangga menjadi anakmu

Abah....
Walaupun kau sudah tiada di pandangan mata
Dengan segala kenangan yang kita ciptakan bersama
Aku masih merasa kehadiranmu
Aku seperti mendengar kata kata semangat darimu
Dan aku masih berharap agar engkau dapat mendengar setiap luahan hatiku

Abah...
Doaku sentiasa mengiringi mu
Bacaan Yasin dan bekalan Al-Fatihah sentiasa ada untuk mu
Semoga engkau ditempatkan dalam golongan yang beriman
SeMoga kita akan bertemu di alam sana
Tunggu akan kepulangan ku disana ABAH
Sesungguhnya aku juga akan mengikuti langkahmu
Bertemu dengan Sang Maha Pencipta.

Abah 
Sensungguhnya aku merindukan dirimu~~~~





#  Hasil nukilan empunya diri,Khairun Nisa bt Mohd Yusof
#  waktu siapkan :3.00 pg - 3.51 pg
# lagu yg dimaenkan di blog ni merupakan salah satu lagu yg dinyanyikan oleh kmpln fevret abah iaitu AIR SUPPLY...  tu tuka lagu ni tuh  (rndu kt abah)
# mungkin ayat2 dia ada yg x kena,,nmun nisa try buat sndri sajak ni tnpa mencopy paste sjak org laen pun.. 

p/s : hargai la orang tua kite selagi mereka ada di dunia ni
        hormati la mereka selagi masih ada di sisi kite
        berbuat baek la kepada mereka sebelum mereka meninggalkan kite
        sentiasa mendoakan yg terbaek tuk mereka..
        dan bagi orang tua yg da meninggalkan kita,,
        sedekahkan Yasin dan Al-Fatihah tuk mereka
        sentiasa iringi doa tuk mereka...   :)  amin~~











2 comments:

  1. Al fatihah.. terasa sayu membaca hasil karya mu..iringi lagu sungguh menyentuh kalbu..sy doakan anda menjadi anak yg solehah.. berbaktilah kepada org tua mu.. ingtlah mereka selalu dgn iringi doa anak yg solehah.. truskan perjuangan mu,, pasti org tua mu berbangga.. sy doakan semoga abah anda berada dalam kalangan orang2 yg beriman.. Allah lebih sygkan abah mu.. sesungguhnya kita di dunia hanya sementara.. mati akan memanggil kita... 2 adalah jnji Allah s.w.t.. janji Allah adalah jnji yg Benar.. sama2 lah kit perkuatan iman dan ibadah untuk menempuhi kematian yg akan datang.. insyallah sy akan menjaga anda seperti mana abang menjaga seorang adik nya.. insyallah juga selagi sy mampu menjaga anda.. jangan lah bersedih atas apa yg berlaku.. anda perlu meneruskan kehidupan.. sy doakan kehidupan mu penuh keberkatan dan dilindungi oleh-NYA.. INSYALLAH!!!!!!!

    ReplyDelete